0

teks mc MAJLIS PERKAHWINAN anak ustazah wan

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN
NOOR FARIHA BINTI HAJI BADRI & SAHRUL HAFIZIE BIN MOHD SATAR
DI DEWAN SERI TANJUNG, IPG KAMPUS IPOH, PERAK.
28 MEI 2011
PENGERUSI MAJLIS : ISMAIL ANAS  BIN MOHD NORDIN
                                        MOHD ADAM AKMAL  BIN CHE MANSOR

ANAS             :Sirih junjung berhias indah,
                        Sekacip pinang pembuka kata,
                        Bunga manggar kilau bercahaya,
                        Datang berkunjung ke majlis meriah,
                        Sejarah terukir nilai permata,
                        Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit
ADAM            :Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan,  pasangan   pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja sehari ,NOOR FARIHA BINTI HAJI BADRI DAN SAHRUL HAFIZIE BIN MOHD SATAR                                                                        
(Pengantin diarak menuju ke meja makan utama)

ADAM            :Anak Cina memasang lukah
                        Lukah dipasang di Tanjung Selasih
                        Pasangan pengantin segak melangkah
                        Mara menuju mahligai kasih

ANAS              :Dari Raub pergi ke Pontian
                        Terus pula ke Kuala Perlis
                        Harap semua berikan perhatian
                        Mohon saya mulakan majlis

ANAS             :BismilLahir Rahmanir Rahim
                        Assalamu `Alaikum W.B.T.

                        Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
                        Maksudnya :
                        Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai  kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya   dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang  demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

ADAM            :Hari ini menugal jagung
                        Hari esok memintal tali
                        Hari ini kita berkampung
                        Meraikan mempelai dua sejoli
ANAS             :Di malam hari terang senegeri
                        Memberi cahaya di tengah balai
                        Majlis indah bertambah seri
                        Untuk meraikan kedua mempelai

                        Yang berbahagia,………………………………… 
                        Yang dihormati ……………………………………selaku tuan rumah
                        Yang diraikan, pasangan mempelai………………………………………………
                        Yang dihormati  ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua   mempelai, hadirin  dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
                       
                        Selamat datang, ahlan wasalan  diucapkan ke Majlis Perkahwinan yang penuh bersejarah
                        NOOR FARIHA BINTI HAJI BADRI & SAHRUL HAFIZIE BIN MOHD SATAR


ADAM            :Melayang serindit di atas permatang
                        Merbah berkicau di hujung muara
                        Pemanis kata selamat datang
                        Awal BismilLah pembuka bicara

                        Burung Nuri hinggap di balai
                        Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)
                        Tempat berehat rakan dan taulan
                        Duduk tersenyum kedua mempelai
                        Menadah tangan memanjatkan doa
                        Moga jodoh sentiasa berkekalan

                        Hadirin sekalian, sebelum meneruskan majlis kita pada hari ini, marilah bersama-sama kita menitipkan   bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham Haji Badri Bin Saidi, ayahanda kepada pengantin perempuan, Noor   Fariha Binti Haji Badri yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah
                      
  Bagi memohon majlis perkahwinan kita pada hari ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh oleh Al-Fadil Ustaz
       ......................................................



(BACAAN DOA – 5MINIT)

ANAS             :Terima kasih diucapkan kepada Al Fadil Ustaz……………………………………… ………di atas bacaan doa sebentar  tadi.

                        Orang jauh dikenang-kenang
                        Hanya terkenang pada yang satu
                        Mula berkenalan kemudian bertunang
                        Akad dilaksana sama bersatu

ADAM            :Anak Cina mengail patin
                        Mengail patin di tepi titi
                        Senyum terukir pasangan pengantin
                        Tanda gembira penuh di hati
                        Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan ketika                                                                         …………………………………………………………………….. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan     rasa cinta di  dalam hati kedua-dua pasangan ini.

                        Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan  pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah   ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.


ANAS             :Puan dibawa ke Gunung Ledang
                        Dibawa dengan penuh beradab
                        Pinggan mangkuk telah terhidang
                        Kini masa makan beradab

                        Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa   hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang  disediakan bagi menikmati hidangan.

ADAM            :Semerbak bunga seroja
                        Dibelai dara pingitan
                        Lauk pauk penuh semeja
                        Jemput mempelai menikmati hidangan

                        Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati   juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

SELANG MASA SEMINIT

ANAS             :Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, marilah kita sama – sama menonton persembahan layar yang telah              disediakan.



SLIDESHOW DITAYANGKAN
10 MINIT
SLIDESHOW TAMAT

ANAS             :Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar – gambar pasangan mempelai yang kita  raikan ini dari zaman kanak – kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya menjadi suami dan isteri.

ADAM            :Untuk menambahkan lagi seri majlis perkahwinan kita pada hari ini, majlis diteruskan lagi dengan  persembahan nasyid dari kumpulan …………………….. …Untuk makluman hadirn dan hadirat sekalian, ahli  kumpulan nasyid ini terdiri daripada mahasiswa unit pengajian agama IPG Kampus Ipoh. Mereka akan  mendendangkan dua buah lagu iaitu………………………………………………………dan juga …………………………………..
                        Majlis dengan segala hormatnya menjemput.


ANAS             : Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nasyid…………………………………….. di atas persembahan   yang cukup menarik sebentar tadi

                        Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
                        Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
                        Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

                        Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan wakil tuan rumah, ……………………………………………… untuk ke pentas  bagi menyampaikan sepatah dua kata ucapan bersempena dengan majlis perkahwinan kita pada hari ini.  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PENGANTIN BERUCAP
5MINIT

ADAM            :Terima kasih diucapkan kepada wakil tuan rumah, ……………………………………………yang turut mewakili seluruh    ahli keluarga di atas sepatah bicara yang telah disampaikan sebentar tadi.

                        Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup  manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

                        Tiup serunai di atas kota
                        Uda memupuk bunga melati
                        Mula kenal kemudian bercinta
                        Cinta tersemai di dalam hati

ANAS             :Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
                        Umpama berkayuh telah sampai di muara
                        Umpama berjalan telah sampai di destinasi

                        Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus                ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita   pada hari yang penuh keberkatan ini.

ADAM            :Tanam laguna tumbuh kelapa
                        Terbit bunga pucuknya mati
                        Budi semua tak kami lupa
                        Sudah terpaku di dalam hati



ANAS             :Tuan puteri tersenyum-senyum
                        Melihat laksamana bermain rodat
                        Senyum-senyum jangan tak senyum
                        Sudah sempurna segala adat

ADAM            :Ayam dara dibuat gulai
                        Bungkus bekalan letak di bucu
                        Riang gembira kedua mempelai
                        Semoga berkekalan ke anak cucu

ANAS             :Pergi ke dusun memetik kelapa
                        Kelapa muda si kelapa barli
                        Jari disusun maaf dipinta
                        Panjang usia bersua kembali

                        Sebelum saya mengakhiri majlis kita pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin dan hadirat yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan pada    hari ini dan juga saya memohon seribu di atas kesilapan bicara dan segala kekurangan semasa mengacarakan  Majlis ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa yang akan datang.

                        Sekian,
                        Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.







0 comments:

Post a Comment