1

tangan siapa lebih panjang??


Telah diriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bahawa kebanyakan isteri baginda adalah berusia muda.Sedangkan Rasulullah SAW telah menjangkau usia tua.Mereka membayangkanbahawa seandainya Allah SWT mewafatkan Rasulullah SAW ketika itu,pasti mereka menjadi balu pada usia muda.


Kebanyakan mereka berharap jika Allah izinkan,mereka ingin mati bersama-sama Rasulullah SAW,kerana jika mereka mati dahulu akan dapat segera bertemu Rasulullah SAW semula.Lantaran itu ada yang berbincang sesama sendiri mengenai siapakah yang akan pulang ke hadrat ilahi seiring kewafatan baginda.


Pada suatu hari para isteri Rasulullah SAW telah bertanyakan kepada baginda,siapakah diantara mereka yang akan dimatikan oleh Allah seiring dengan kewafatan baginda??
Rasulullah SAW telah memberitahu Ummahatul Mukminin itu,bahawa isteri baginda yang akan kembali ke rahmatullah seiring kewafatan baginda ialah mereka yang “tangannya panjang”,dialah yang cepat menemui Rasulullah.


Sebaik sahaja mereka mendengar jawapan Rasulullah SAW itu,mereka pun bergilir-gilir mengukur tangan-tangan mereka,siapakah antara mereka yang paling panjang.Lalu mereka mendapati Siti Saodah yang tangannya lebih panjang daripada kalangan isteri-isteri baginda.


Tetapi selapas beberapa ketika Rasulullah SAW wafat,tiba2 yang segera menyusul Rasulullah bukanlah Siti Saodah,tetapi yang meninggal dahulu ialah Zainab.Dengan peristiwa itu,mereka memikirkan semula apakah sebenarnya yang dimaksudkan tangan panjang oleh Rasulullah??


Isteri Rasulullah SAW yang bernama Zainab itu mengikut riwayatnya mempunyai perusahaan sendiri.Beliau adalah pengusaha dan peniaga kulit-kulit binatang.Kulit2 tersebut disamak atau direndam dengan bahan-bahan tertentu terlebih dahulu,bagi menghilangkan baunya.Kemudian dijemur dan setelah itu dijual.
Perniagaanya sangat maju kerana penggunaan kulit ketika itu sangat meluas.Kulit bukan sahaja boleh dijadikan kasut,malah turut dijadikan timba,hamparan,atap,dinding dan sebagainya.Oleh itu,menyebabkan beliau tidak terlalu bergantung dengan pemberian suaminya sendiri.


Justeru,Zainab menggunakan sebahagian besar keuntungan perniagaanya untuk berderma dan bersedekah membantu orang-orang yang susah.Maka terkenallah dikalangan isteri rasulullah yang banyak tangan menghulurkan bantuan adalah Zainab.


Denagn itu,fahamlah para Ummahatul Mukminin bahawa yang dimaksudkan tangan panjang itu bukannya ukuran fizikal yang panjang.Bahkan sebaliknya membawa maksud tangan yang banyak menderma,memanjangkan usaha membantu dan berbuat kebajikan untuk meringankan penderitaan orang lain.


Jadi,adakah sifat “tangan panjang “yang disebut oleh Rasulullah SAW ada dalam diri kita???sudah cukupkah amal kebajikan kita untuk menempa tempat di akhirat kelak???semuanya itu bergantung pada diri kita sendiri sama ada merasa cukup atau pun tidak..sama2 kita bermuhasabah diri…semoga kita ditempatkan bersama dikalangan orang yang soleh.aminn

1 comments:

Ammar Ahmed

tangan adam pon panjang..kih3

Post a Comment