0

aku GURU


"GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Guru, satu gelaran yang satu ketika dulu mampu membuatkan dikalangan kita kecut perut, namun rasa hormat tetap ada pada mereka yang bergelar guru ini. Guru sememangnya mempunyai ruang lingkup tugas yang cukup luas kerana guru bukan sekadar profesion, pangkat atau panggilan untuk seseorang yang mendidik disekolah, tetapi guru sebenarnya amat rapat dan sinonim dengan kehidupan kita.

Semasa kita kecil, ibu bapalah guru yang terawal mendidik dan memantau tingkah laku kita. Mereka membimbing kita untuk berkata-kata, berjalan, berlari sehingga kesemuanya ini dapat dilakukan degan sendiri dan dari hari ke sehari, sepanjang proses kematangan dan kedewasaan, ramai yang telah menjadi guru kita.
Ada yang memberi nasihat, tunjuk ajar, cara untuk lebih berdikari dan sebagainya. Pengalaman yang dilalui juga seringkali memberikan kita satu teladan dan ilmu, dan pengalaman ini juga menjadi guru kita yang amat berharga.

Setiap kita adalah guru, samaada guru untuk anak-anak, rakan sepejabat, kawan karib dan sebagainya. Guru bukan sekadar mengajar bagaimana untuk membaca dan mengira, tetapi guru seharusnya menjadi seorang pembimbing, penasihat serta dapat mendewasakan pemikiran muridnya. Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, malahan perlu memastikan ilmu yang disampaikan dapat difahami dan diamalkan oleh murinya.
Tetapi, tanpa guru dan pendidik yang bersifat sabar, tajam pemikirannya serta mempunyai ketahanan mental dan fizikal, uslub ilmu tidak akan dapat difahami sepenuhnya. Hasilnya adalah murid yang hanya tahu menghafal tetapi kurang tajam daya pemikirannya.

Orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya umpama keldai membawa barang yang banyak, sedangkan orang yang beramal tanpa ilmu umpama tin yang kosong, kelihatan berisi tetapi tiada satupun isinya dapat memberikan manafaat pada dirinya dan orang lain.

Sebagai seorang muslim, perlulah kita kembali kepada asas islam, iaitu ilmu dan amal. Ini telah dicontohkan sendiri oleh Rasulullah SAW. Keberkesanan kaedah dan teknik pengajaran Rasulullah SAW memang telah terbukti berjaya. Di waktu golongan jahiliyah tercari-cari erti kehidupan serta keruntuhan moral yang melanda mereka, kehadiran Rasulullah SAW telah kembali menyinari kegelapan mereka.
Dari bangsa yang jahil, mereka telah bertukar menjadi bangsa yang disegani sehingga kefahaman islam dapat disebarkan ke setiap pelosok dunia. Ini jelas menunjukkan islam merupakan agama yang amat mementingkan ilmu dan kerana itulah hukum menuntut ilmu itu adalah wajib didalam islam.
Baginda SAW mempuyai sikap tidak berputus asa, malahan segala halangan akan menjadikan semangatnya semakin kuat dalam memberikan kefahaman ilmu kepada sahabat yang tidak dapat memahami sesuatu ilmu yang cuba disampaikan. Semangat sebeginilah seharusnya dimiliki oleh setiap guru dalam menghadapi pancaroba pendidikan zaman ini.

Kaedah dan teknik pengajaran Rasulullah SAW ini harus dijadikan elemen utama dalam menerapkan kefahaman ilmu kepada setiap murid kerana Baginda SAW merupakan guru dan pendidik terulung sepanjang zaman yang mempunyai kemahiran yang terbaik dalam proses mentarbiah jasmani dan rohani. Pasti hasil didikan dengan kaedah ini akan membuahkan hasil yang dapat merealisasikan harapan agama, negara dan bangsa


bercerita mengenai diri sendiri :


dulu saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menginjakkan diri ke dalam profession ini,, jadi cikgu?? boleh ke aku ni?? itu lah soalan yg sering saya ajukan buat diri saya sendiri apabila disuruh menjadi guru.. jujur saya katakan di sini bahawa kerjaya ini bukan pilihan saya pada awalnya.. hal ini kerana impian untuk ke universiti telah lama saya tanamkan dalam diri.. ingin mengecapi saat2 manis berada di menara gading.. alhamdulilah,, ALLAH S.W.T itu maha adil pada umatnya,, sempat lah saya merasa hidup di IPG kampus ipoh nih.. bersama teman2 seperjuangan di sana, cukup memberi kenangan buat diri saya,, 

namun, suratan takdir itu telah lama tertulis,, tempatmu bukan di sana.. tempat mu disini,, jadilah kamu seorang insan yang bisa mendidik orang lain.. ingat,, bukan senang untuk mendidik.. bukan juga senang menjadi arkitek bangsa!! Kata orang, pilihan orang tua adalah yang terbaik untuk kita,, ternyata itu adalah benar,,, walaupun universiti menjadi idaman semenjak kecil,, namun tidak pernah saya rasai ketenangan di sana seperti mana yang saya perolehi di sini.. di sini,, perasaan cinta pada profession pergurua mula  saya rasai.. sungguh.. dalam hati saya tidak sabar untuk digelar guru yang sebenar-benarnya,, bukan hanya pada segulung ijazah tapi, pada erti kata yang sebenarnya...

Semua orang boleh mengajar,, tapi tidak semua boleh mendidik.. begitulah pesanan yang diberikan oleh kakak saya sendiri yang juga seorang guru.. benar sekali kata-katanya.. seorang guru perlulah menyiapkan diri dengan ilmu ikhtisas serta ilmu pedagogi agar dapat memberikan yang terbaik kepada anak didiknya.. 

Alhamdulilah, saya bangga menjadi guru,, semoga profession ini mampu menjadikan diri saya seorang yang lebih baik dalam mendidik anak bangsa.. pada saat saya menulis coretan ini, seluruh hati dan perasaan saya telah berada dalam kerjaya ini,, tidak pernah sesekali saya sesali.. selamat hari guru saya ucapkan kepada semua rakan seperjuangan di Institiut Pendidikan Guru serta kepada semua guru-guru di Malaysia.. bersama-sama lah kita memartabatkan profession keguruan~



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalag ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

0 comments:

Post a Comment